Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan

Rabu, 26 Februari 2014

VIDEO Upacara Mencuci Kaabah Sempena Kedatangan Ramadan

VIDEO: Upacara Mencuci Kaabah Sempena Kedatangan Ramadan

SEMALAM berlangsung upacara membersihkan Kaabah sempena kehadiran bulan Ramadan tak berapa lama lagi.
Kaabah dicuci dengan campuran khas air zam-zam dan air mawar.
Upacara itu diketuai Gabenor Makkah, Putera Khaled A-Faisal dan imam Sheikh Abdul Rahman as Sudais dan penolongnya, Muhammad A-Khozaim.
Turut hadir beberapa diplomat asing dari beberapa buah negara Islam.
Saksikan klip video sepanjang majlis itu berlangsung…Allahu Akbar!
c
d
Read More..

Senin, 30 Desember 2013

Video Aksi LIVE Helikopter Terhempas Di Auckland

Salam semua,







Video ini ialah aksi live secara langsung detik mencemaskan sebuah helikopter yang terhempas ketika meletakkan pokok Christmas di Auckland Waterfront, New Zealand. Kejadian ini berlaku pada 23/11/11 yang lepas. Walaubagaimanapun,  juruterbang terselamat daripada mengalami kecederaan yang serius.

Kejadian berlaku selepas kipas helikopter tersebut tersangkut pada kabel berdekatan menyebabkannya hilang kawalan lalu terhempas. Jom tengok video live tersebut.
sumber










Read More..

Minggu, 29 Desember 2013

Video Inilah Ikan Kecil Yang Paling Di Takuti Di Brazil

Ikan Candiru atau disebut Canero merupakan jenis ikan air tawar yang sekeluarga dengan ikan lele. Ikan ini boleh didapati di sungai amazon dan sungai Oranoco, ikan ini mempunyai reputasi sebagai ikan yang paling ditakuti oleh penduduk tempatan, ikan ini lebih di takuti daripada ikan piranha.  Ikan ini hanya boleh membesar sehingga 1 hingga 2 inci dan lebar 4 hingga 6 milimeter, mempunyai bentuk seperti seekor belut dan hampir telus (lutsinar), membuatnya hampir mustahil untuk dilihat di dalam air. Ikan yang pantas, perenang yang kuat, lembut dan licin, dengan gigi yang tajam.
Terdapat 3 spesies Candiru: yang biasanya makan dengan cara memasuki ikan yang lebih besar, Candiru paus (whale Candiru) merupakan pemakan bangkai yang lebih memilih untuk makan dari ikan yang sudah mati
Ikan Candiru merupakan parasit, modus operandinya sangatlah ringkas dan kejam: Ikan memburu ikan, ikan Candiru berusaha untuk mengetahui aliran air yang berasal dari ikan lain, setelah mengetahui dari mana aliran air tersebut, ikan itu akan terus menuju celah-celah sirip ikan itu, duri yang ada di kepala Candiru akan melukai insang ikan dan mengeluarkan darah selagi ikan Candiru berada di dalam ikan tersebut. Sehinggakan ikan Candiru digelar sebagai ikan vampire dari Brazil.
Ikan ini ditakuti kerana ia tertarik pada air kencing atau darah, dan bila seseorang berenang telanjang ia akan masuk ke celah dubur atau faraj, bahkan, ikan ini mampu masuk ke lubang zakar – dan mungkin ke dalam urethra). Bila ini terjadi ikan Candiru sangat sukar dikeluarkan kembali kecuali melakukan pembedahan. Kerana ikan ini mendapati mangsanya dengan mengikuti aliran air dari insang ke sumbernya, kencing sambil berenang meningkatkan kemungkinan Candiru masuk ke urethra manusia.
Cara untuk membunuh ikan ini adalah dengan rawatan tradisional, dengan air dari dua jenis tanaman: Xagua dan epal Buitach yang dimasukkan ke kawasan yang terkena. kedua tanaman ini akan meleraikann ikan tersebut. Dan juga dengan memalui pembedahan, tetapi pembedahan memerlukan kos dan waktu. Sering kali, berlaku jangkitan menyebabkan shock dan kematian  sebelum Candiru dapat dibuang.

Read More..

Selasa, 24 Desember 2013

Blogger King Jason ditahan polis Video BN merasuah pengundi supaya undi BN terkantoi lokasi Bukit Beruang Malaka

Keadilan Daily  
(Oleh Masdar Wahid)

Blogger King Jason atau nama sebenarnya, Mohd Bustamam Omar ditahan polis tengah hari tadi atas alasan beberapa kiriman di blog berkaitan pengundi hantu dan penipuan dalam pilihan raya, kata peguam, Latheefa Koya.

"Beliau ditahan tengah hari tadi di bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM). Kini berada di Balai Polis Bukit Aman," kata Latheefa kepada Keadilandaily.

King Jason yang juga pemilik blog kingofgoblok.blogspot.com antara blogger yang aktif menentang penipuan pilihanraya terutama tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendakwa bebas, namun sering memihak kepada Umno BN.

Posting terakhir blogger King Jason pada 6 Mei bertajuk Video BN merasuah pengundi supaya undi BN terkantoi, lokasi Bukit Beruang, Malaka.

Sebelum ini blogger Milo Suam ditahan tiga hari dibawah Akta Rahsia Rasmi dan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

"Jika King Jason direman, kita akan lawan," tegas Latheefa, yang juga jurucakap Lawyers For Liberty (LFL).
Blogger King Jason ditahan polis  (Oleh Masdar Wahid)  Blogger King Jason atau nama sebenarnya, Mohd Bustamam Omar ditahan polis tengah hari tadi atas alasan beberapa kiriman di blog berkaitan pengundi hantu dan penipuan dalam pilihan raya, kata peguam, Latheefa Koya.  "Beliau ditahan tengah hari tadi di bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM). Kini berada di Balai Polis Bukit Aman," kata Latheefa kepada Keadilandaily.  King Jason yang juga pemilik blog kingofgoblok.blogspot.com antara blogger yang aktif menentang penipuan pilihanraya terutama tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendakwa bebas, namun sering memihak kepada Umno BN.  Posting terakhir blogger King Jason pada 6 Mei bertajuk Video BN merasuah pengundi supaya undi BN terkantoi, lokasi Bukit Beruang, Malaka.  Sebelum ini blogger Milo Suam ditahan tiga hari dibawah Akta Rahsia Rasmi dan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan.  "Jika King Jason direman, kita akan lawan," tegas Latheefa, yang juga jurucakap Lawyers For Liberty (LFL).
Read More..