Tampilkan postingan dengan label pengundi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pengundi. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Maret 2014

SPR perlu perjelas dakwat kekal pengundi awal

Harakahdaily 

Muhammad Faizal, 13 Apr 2013
KUALA LUMPUR: PAS meminta agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bagaimana suruhanjaya itu akan menangani isu dakwat kekal kepada pengundi awal pada 30 April ini yang hanya bertahan tiga hari.

Sedangkan kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, pengundian biasa pula akan berlangsung pada 5 Mei iaitu lima hari selepas pengundian awal dan kebimbangan boleh mengundi lebih sekali wujud semula kerana dakwat kekal hanya mampu bertahan tiga hari.

"Kita hairan kenapa SPR boleh mengambil keputusan menetapkan tempoh masa pengundi awal dengan pengundi biasa selama lima hari, sedangkan mereka mengetahui dakwat yang digunakan itu hanya mampu bertahan selama tiga hari sahaja.

"Ini bermakna wujud ruang untuk memanipulasi dengan membenarkan pengundi awal mengundi sekali lagi pada hari tersebut kerana dakwat dijari mereka telah hilang," jelas beliau kepada Haraklahdaily.

Kerisauan itu katanya mula ditimbulkan banyak pihak dan SPR sewajarnya menetapkan tarikh pengundi awal tidak lebih tiga hari dari pengundian biasa bagi mengelakkan sebarang kemungkinan manipulasi berlaku.

"Walaupun kita mempunyai senarai nama pengundi awal tetapi dalam tempoh masa yang panjang dan sindiket pemberian kad pengenalan awam sebelum ini, mungkin konpirasi mengundi kali kedua akan berlaku.

"Mereka mempunyai kad pengenalan awam sudah pasti ini akan digunakan, kita tidak dapat menahan mereka kerana nama mereka terdapat dalam daftar pemilih biasa, apatah lagi kesan dakwat kekal juga telah hilang," sambung beliau lagi.

Mahfuz berharap SPR perlu lebih telus dalam menjalankan tugas mereka dan tidak terikat dengan permainan politik kotor  pihak tertentu yang mahu mengekalkan pemerintahan mereka.

Dalam pada itu beliau turut meminta agar SPR dapat membuat pengiraan segera apabila selesainya pengundian awal.

Jelasnya lagi, tindakan tidak mahu membuat pengiraan segera dan menyimpan lebih lama peti undi tersebut membuatkan rakyat terus mencurigai ketelusan SPR mengendali pilihanraya.
Read More..

Selasa, 24 Desember 2013

Blogger King Jason ditahan polis Video BN merasuah pengundi supaya undi BN terkantoi lokasi Bukit Beruang Malaka

Keadilan Daily  
(Oleh Masdar Wahid)

Blogger King Jason atau nama sebenarnya, Mohd Bustamam Omar ditahan polis tengah hari tadi atas alasan beberapa kiriman di blog berkaitan pengundi hantu dan penipuan dalam pilihan raya, kata peguam, Latheefa Koya.

"Beliau ditahan tengah hari tadi di bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM). Kini berada di Balai Polis Bukit Aman," kata Latheefa kepada Keadilandaily.

King Jason yang juga pemilik blog kingofgoblok.blogspot.com antara blogger yang aktif menentang penipuan pilihanraya terutama tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendakwa bebas, namun sering memihak kepada Umno BN.

Posting terakhir blogger King Jason pada 6 Mei bertajuk Video BN merasuah pengundi supaya undi BN terkantoi, lokasi Bukit Beruang, Malaka.

Sebelum ini blogger Milo Suam ditahan tiga hari dibawah Akta Rahsia Rasmi dan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

"Jika King Jason direman, kita akan lawan," tegas Latheefa, yang juga jurucakap Lawyers For Liberty (LFL).
Blogger King Jason ditahan polis  (Oleh Masdar Wahid)  Blogger King Jason atau nama sebenarnya, Mohd Bustamam Omar ditahan polis tengah hari tadi atas alasan beberapa kiriman di blog berkaitan pengundi hantu dan penipuan dalam pilihan raya, kata peguam, Latheefa Koya.  "Beliau ditahan tengah hari tadi di bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM). Kini berada di Balai Polis Bukit Aman," kata Latheefa kepada Keadilandaily.  King Jason yang juga pemilik blog kingofgoblok.blogspot.com antara blogger yang aktif menentang penipuan pilihanraya terutama tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendakwa bebas, namun sering memihak kepada Umno BN.  Posting terakhir blogger King Jason pada 6 Mei bertajuk Video BN merasuah pengundi supaya undi BN terkantoi, lokasi Bukit Beruang, Malaka.  Sebelum ini blogger Milo Suam ditahan tiga hari dibawah Akta Rahsia Rasmi dan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan.  "Jika King Jason direman, kita akan lawan," tegas Latheefa, yang juga jurucakap Lawyers For Liberty (LFL).
Read More..