Tampilkan postingan dengan label mahu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mahu. Tampilkan semua postingan

Senin, 23 Desember 2013

Majlis Peguam Deepak belum mahu membantu siasatan

February 04, 2013
Deepak berkata beliau hanya mahu berurusan dengan presiden baru Majlis Peguam. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 4 Feb – Peniaga permaidani Deepak Jaikishan telah menolak untuk membantu penyiasatan Majlis Peguam tentang kemungkinan salah laku profesional dalam kenyataan bersumpah saksi pembunuhan walaupun membuat dakwaan itu, kata presidennya Lim Chee Wee.

Walaupun kekurangan saksi, Lim berkata majlis itu telah mengeluarkan surat kepada beberapa orang untuk membantu penyiasatan mereka tetapi beliau tidak menamakan sesiapa yang diminta untuk menjelaskan peranan dalam preakuan bersumpah (SD) kedua detektif persendirian P Balasubramnian tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Bala kemudiannya menolak SD kedua.

“Ia adalah malang walaupun kami meminta bantuan, Deepak Jaikishan telah memutuskan untuk tidak membantu dalam penyiasatan sehingga selepas 16 Mac, 2013 dan tiada siapa yang telah tampil ke hadapan untuk membantu kami dengan mendedahkan fakta berkaitan isu ini,” kata Lim dalam satu emel kepada The Malaysian Insider.

Apabila dihubungi melalui telefon, Lim memberitahu Deepak telah mengatakan “beliau hanya mahu berurusan dengan presiden baru Majlis Peguam” yang hanya akan memulakan tugasnya pada 16 Mac.
Lim juga mengesahkan dalam perbualan telefon sama bahawa Majlis Peguam telah membuat pertanyaan kepada peguam kanan, dipercayai Tan Sri Cecil Abraham yang telah didakwa terlibat dalam merangka SD kedua, “untuk menjelaskan” peranannya dalam perkara itu.
Dalam e-mel, Lim berkata: “Majlis Peguam telah mula membuat pelbagai pertanyaan dengan mengeluarkan surat kepada orang berkenaan yang kami percaya mempunyai pengetahuan tentang fakta dan mencari penjelasan / bantuan.”

“Penjelasan / bantuan tersebut akan membantu kami untuk menentukan sama ada terdapat apa-apa bukti prima facie mengenai salah laku profesional di sekitar penyediaan SD Kedua,” tulisnya.
Lim berkata majlis itu akan membuat aduan kepada Lembaga Disiplin - badan utama menghakimi aduan terhadap peguam - jika keterangan prima facie mengenai salah laku ditemui.

“Sudah tentu, tiada apa-apa yang menghalang sesiapa sahaja yang terlibat dengan perkara ini untuk membuat aduan ke Lembaga Disiplin.”

Apabila ditanya, Lim berkata Majlis Peguam membuat semua keputusan sendiri, sebelum mengatakan idea untuk mempunyai jawatankuasa orang terkemuka untuk menasihati badan itu dalam perkara ini pernah dipertimbangkan, tetapi kemudiannya digugurkan.
“Peguam kanan yang kita akan lantik untuk menasihati kita adalah sama sekali sesuai untuk berbuat demikian,” tulis beliau. 
The Malaysian Insider
 Read More
Read More..

Jumat, 20 Desember 2013

BN PR mahu bubar automatik jadi amalan pasca PRU13

sinarharian
31 Mac 2013
PRU13
PRU13
saifuddin & salahuddin
Salahuddin (kiri) dan Saifuddin (kanan)
SHAH ALAM - Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berpendapat sudah tiba masa untuk meminda peruntukan undang-undang bagi membolehkan pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) secara automatik dijadikan amalan mandatori selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Perlembagaan Persekutuan wajar dipinda untuk menetapkan lima tahun sebagai tempoh pembubaran Parlimen secara automatik.

Menurutnya, pembubaran secara automatik tidak menjadi kesalahan, tetapi kini menjadi perbualan masyarakat kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau juga berkata, pindaan diperlukan untuk menetapkan tarikh pembubaran Parlimen secara automatik selepas lima tahun  dan ia perlu dibahaskan meliputi semua aspek.

"Kalau ia memerlukan pindaan perlembagaan, maka kita pindalah," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Khamis lalu, Dun Negeri Sembilan telah terbubar dengan sendirinya, sekali gus mencatat sejarah.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan turut berpandangan Parlimen yang terbubar sendiri boleh dijadikan amalan kerana mempunyai implikasi positif, terutama dari segi pembangunan negara.

Kelmarin, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, pembubaran Parlimen secara automatik memerlukan pindaan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan oleh kuasa dua per tiga majoriti.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, sebaik-bainya Parlimen wajar dibubarkan pada tempoh matang iaitu lima tahun.

"Saya cenderung kepada Parlimen dibubar hanya setelah tempohnya matang iaitu lima tahun. Kalau pun tak sepenuhnya lima tahun, sekurang-kurangnya empat tahun setengah.

"Tetapi, kini ia tidak dinyatakan dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlembagaan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pembubaran Parlimen secara automatik akan diamalkan oleh PR jika berjaya membentuk kerajaan pusat.
Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata, PR akan memimpin untuk menetapkan tempoh lima tahun sebagai sempadan pembubaran Parlimen seterusnya.

Tambahnya, walaupun memerlukan banyak perbincangan dan rundingan serta sokongan dua per tiga di Parlimen dan Dun, pembangkang akan terus melakukannya sejajar dengan kehendak rakyat.

"... Pakatan Rakyat akan memimpin ke arah perubahan itu walaupun memerlukan masa dan ada halangan mengenai dua per tiga majoriti, PR akan teruskan perbincangan untuk mencapai ke arah itu," katanya.

Salahuddin juga berkata, kelewatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menimbulkan pelbagai persepsi negatif daripada rakyat.

"... kelewatan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas Dun Negeri Sembilan itu akan menimbulkan persepsi rakyat bahawa kerajaan tidak yakin dengan tampuk pemerintahannya," katanya lagi.
Read More..