Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan

Selasa, 19 Agustus 2014

Ramalan Ramalan Thomas Alpha Edison yang Jadi Kenyataan dan Meleset

Ramalan-Ramalan Thomas Alpha Edison yang Jadi Kenyataan dan Meleset-Ratusan tahun yang lalu, Thomas Alva Edison meramalkan beberapa teknologi yang akan mengubah dunia. Penemu kelahiran Amerika 11 Februari 1847 tersebut menyebutkan beberapa hal seperti pesawat terbang yang benar-benar ada saat ini. Tapi, beberapa ramalan lain, seperti buku yang terbuat dari nikel, tidak jadi kenyataan. “Benar-benar keliru,” kata Paul Israel, direktur dan editor umum Thomas A. Edison Papers Project dari Rutgers University di New Jersey.

Buku dari Nikel

Edison mengiria kalau nikel merupakan bahan yang lebih fleksibel, lebih murah, dan lebih kuat daripada kertas. “Ia belum tahu hal yang disebut ‘tinta digital’,” kata Israel.

Mesin Pekerja

Jadi, pesawat terbang adalah satu hal yang jadi kenyataan dan buku dari nikel adalah ramalan Edison yang meleset. Tahun 1911, Edison berkata kepada Cosmopolitan kalau ia yakin mesin akan membuat bagian-bagian dari suatu benda dan merakitnya. “Tidak hanya membuat bagian tersebut untuk dirakit oleh manusia,” kata Edison.

Saat ini, mesin mengerjakan pekerjaan manusia sudah biasa dan proses pergantian itu berlangsung cepat. Demikian jelas Israel.


Telepon pintar

Dalam artikel di Cosmopolitan tahun 1911, Edison pernah berkata, “Akan tiba saatnya telepon menyebutkan nama atau membisikkan kutipan dari pasar obat-obatan.”
“Melihat ponsel-ponsel pintar saat ini, mudah membayangkan hal itu bisa dilakukan. Orang bisa membuat sebuah aplikasi,” jelas Israil.

Beton Bertulang untuk Semua

Tahun 1911, Edison berkata, “Manusia itu gila karena membangun rumah dengan bata dan baja, bukannya menggunakan beton yang diikat dengan batang baja bertulang.”
Edison mengatakan kalau bangunan dengan beton bertulang akan tahan selamanya. “Tahun 1941, seluruh konstruksi akan menggunakan beton bertulang, mulai dari rumah sampai pencakar langit,” prediksi penemu yang memegang 1.093 paten di Amerika Serikat.

Akan tetapi, sejak akhir Perang Dunia II, sebagian besar arsitek membuat gedung tinggi dengan rangka baja dan kaca, ketimbang beton bertulang baja.


Tak Ada Lagi Furnitur Kayu

Edison berkata kepada Cosmopolitan kalau furnitur dari baja akan sepenuhnya menggantikan furnitur dari kayu. Menurut Edison, substitusi itu disebabkan aluminium lebih ringan dan lebih murah daripada kayu serta dapat dipoles sehingga menjadi imitasi kayu.

Tahun 1920-an dan 1930-an, perusahaan furnitur mulai menggunakan baja secara besar-besaran untuk furnitur kantor. Untuk rumahan, kayu tetap bahan utama.


Kereta Listrik

Kereta listrik adalah salah satu ramalan Edison. Kepada Cosmopolitan, penemu itu mengatakan kalau kincir air akan menghasilkan listrik untuk kereta di negara-negara bagian yang memiliki kelimpahan air.

Alkimia Semakin Sempurna

Para ahli alkimia, demikian pula Edison, bermimpi mengenai emas buatan. Tahun 1911, penemu lampu pijar itu berkata, “Tinggal tunggu waktu saja sampai Amerika Serikat membuat emas.”

Edison bisa dibilang benar. Para ilmuwan telah mampu memanipulasi ataom untuk membuat emas sintetsis dan sekarang tengah menjadi proyek di Lawrence Livermore Laboratory. “Sekarang bukan hal yang aneh karena kita sudah membuat material-material aneh lain juga,” kata Israel.


Kemiskinan Dientaskan Teknologi

“Manusia mulai menggunakan otaknya. Kemiskinan mulai berkurang,” kata Edison kepada Cosmopolitan pada tahun 1911. Israel mengatakan, “Kemajuan teknologi dipercaya bisa memberikan kesejahteraan dan mengentaskan kemiskinan. Tapi hal ini jelas tidak terjadi saat ini.”

Sains Menghasilkan Pertanian Besar

Traktor dan alat bajak bertenaga baterai akan menggemburkan tanah lebih cepat daripada kuda. Itulah salah satu perkembangan besar dalam mesin pertanian. Demikian menurut Edison. Ia juga mengatakan kalau pertanian akan terguncang oleh ilmu pengetahuan dan bisnis besar.
Israel mengatakan kalau itulah yang sekarang terjadi. Para petani kecil telah digantikan oleh bisnis pertanian besar.

Kedamaian Dunia

Gencatan senjata akan membawa revolusi sedunia dan kedamaian dunia. Demikian Edison mengatakan tiga tahun sebelum Perang Dunia I. “Tentu saja hal itu tidak terjadi,” kata Israel. 

Baca juga:
  • 5 Ramalan Kiamat Yang Gagal Total
  • 10 Ramalan Nostradamus yang Menggemparkan Dunia


Sumber: menujuhijau.blogspot.com
Read More..

Kamis, 06 Maret 2014

Riza Hanya Sempat Jadi Suami Izreen Azminda Selama 2 Hari Sahaja!



Jurukamera terkenal, Riza atau nama sebenarnya Muhamad Riza Baharudin agak kempunan untuk menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri bersama isteri yang baru dinikahinya, Izreen Asmindar.

Ianya disebabkan oleh bekas pelakon Juvana ini, Izreen Azmindar terpaksa terbang ke Seoul Korea untuk menjalani penggambaran drama bersiri Julia. Mereka hanya sempat menjalani kehidupan sebagai isteri selama dua hari sahaja.




“Nak buat macamana, kalau hendak diikutkan kami sepatutnya ada cuti selama seminggu untuk bersama, tetapi di saat-saat akhir terpaksa berpisah kerana urusan kerja sebaik saja bernikah.
“Bukan sahaja Izreen, saya pun sudah kembali bekerja pada 2 September lalu untuk menyambung tugasan dalam menjayakan penggambaran telefilem bagi sebuah stesen televisyen.
“Saya faham dengan komitmen kerja masing-masing, cuma agak sedihlah sebab baru sahaja kahwin tetapi sudah terpaksa berpisah untuk jangka masa yang agak lama iaitu sehingga 14 hari dan saya kini menjalani kehidupan bujang kembali,” ujar Riza dengan redha.
Read More..

Jumat, 20 Desember 2013

BN PR mahu bubar automatik jadi amalan pasca PRU13

sinarharian
31 Mac 2013
PRU13
PRU13
saifuddin & salahuddin
Salahuddin (kiri) dan Saifuddin (kanan)
SHAH ALAM - Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berpendapat sudah tiba masa untuk meminda peruntukan undang-undang bagi membolehkan pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) secara automatik dijadikan amalan mandatori selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Perlembagaan Persekutuan wajar dipinda untuk menetapkan lima tahun sebagai tempoh pembubaran Parlimen secara automatik.

Menurutnya, pembubaran secara automatik tidak menjadi kesalahan, tetapi kini menjadi perbualan masyarakat kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau juga berkata, pindaan diperlukan untuk menetapkan tarikh pembubaran Parlimen secara automatik selepas lima tahun  dan ia perlu dibahaskan meliputi semua aspek.

"Kalau ia memerlukan pindaan perlembagaan, maka kita pindalah," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Khamis lalu, Dun Negeri Sembilan telah terbubar dengan sendirinya, sekali gus mencatat sejarah.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan turut berpandangan Parlimen yang terbubar sendiri boleh dijadikan amalan kerana mempunyai implikasi positif, terutama dari segi pembangunan negara.

Kelmarin, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, pembubaran Parlimen secara automatik memerlukan pindaan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan oleh kuasa dua per tiga majoriti.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, sebaik-bainya Parlimen wajar dibubarkan pada tempoh matang iaitu lima tahun.

"Saya cenderung kepada Parlimen dibubar hanya setelah tempohnya matang iaitu lima tahun. Kalau pun tak sepenuhnya lima tahun, sekurang-kurangnya empat tahun setengah.

"Tetapi, kini ia tidak dinyatakan dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlembagaan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pembubaran Parlimen secara automatik akan diamalkan oleh PR jika berjaya membentuk kerajaan pusat.
Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata, PR akan memimpin untuk menetapkan tempoh lima tahun sebagai sempadan pembubaran Parlimen seterusnya.

Tambahnya, walaupun memerlukan banyak perbincangan dan rundingan serta sokongan dua per tiga di Parlimen dan Dun, pembangkang akan terus melakukannya sejajar dengan kehendak rakyat.

"... Pakatan Rakyat akan memimpin ke arah perubahan itu walaupun memerlukan masa dan ada halangan mengenai dua per tiga majoriti, PR akan teruskan perbincangan untuk mencapai ke arah itu," katanya.

Salahuddin juga berkata, kelewatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menimbulkan pelbagai persepsi negatif daripada rakyat.

"... kelewatan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas Dun Negeri Sembilan itu akan menimbulkan persepsi rakyat bahawa kerajaan tidak yakin dengan tampuk pemerintahannya," katanya lagi.
Read More..