Tampilkan postingan dengan label selangor. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label selangor. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Maret 2014

UMNO HANYA TANDING 9 DARI 22 PARLIMEN SELANGOR

 
Neh.. hangpa kata Pakatan akan hilangkan  kuasa Melayu....nie apa dia Najib dan Tun , umno buat...kepala hanguk hangpa...cakap pusing- pusing.....tipu MELAYU SELAMA-LAMANYA...

Kuasa Melayu Bakal Tergugat, Hanya 9 Kerusi Saja UMNO Tanding Parlimen Selangor Dari 22 Kerusi???

Kuala Lumpur - by @tiewnama.
tidak yakinnya Najib Razak untuk menang di selangor, hanya 9 calon umno saja
di calonkan untuk 22 senarai kerusi parlimen di selangor.

PARLIMEN SELANGOR.

1. Selayang - Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai - MCA
2. Pandan - Garry Lim Chin Yee - MCA
3. Serdang - Datuk Yap Pian Hon - MCA
4. Kelana Jaya - Loh Seng Kok - MCA
5. Petaling Jaya Selatan - Seah Kok Fah - MCA

6. Petaling Jaya Utara - Chew Hoong Ling - MCA
7. Klang - Datuk Teh Kim Poo - MCA
8. Hulu Selangor - P. Kamalanathan - MIC
9. Kuala Selangor - Datuk Irmohizam Ibrahim - UMNO
10. Gombak - Raman Ismail - UMNO

11. Ampang - Dr. Rozaidah Talib - UMNO
12. Hulu Langat - Adzhaliza Mohd. Nor - UMNO
13. Puchong - A. Kohilan Pillay - GERAKAN
14. Subang - A. Prakash Rao - MIC
15. Shah Alam - Zulkifli Noordin - ANAK BUAH NAJIB RAZAK

16. Kapar - Saktivel Alagappan - MIC
17. Kota Raja - Murugesan Sinnandavar - MIC
18. Kuala Langat - Sharuddin Omar - UMNO
19. Sabak Bernam - Mohd. Fasiah Mohd Fakeh - UMNO
20. Tanjong Karang - Datuk Seri Noh Omar - UMNO

21. Sepang - Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed - UMNO
22. Sungai Besar - Datuk Noriah Kasnon - UMNO

UMNO hanya bertanding 9 kerusi PARLIMEN SAJA di selangor?
mengikut kajian kami, parlimen yang bakal kalah dari umno adalah,

a. Parlimen SABAK BERNAM -
b. Parlimen KUALA LANGAT -
c. Parlimen SUNGAI BESAR -
d. Parlimen AMPANG -
e. Parlimen KUALA SELANGOR -

maka ahli parlimen umno dari selangor hanya tinggal 4 orang saja,
dan seterusnya akan terhapuslah kuasa orang orang melayu.. kah3 

Kedahkini
Read More..

Jumat, 27 Desember 2013

Selangor bantu Datuk Yahya Sulung

05 Februari, 2013


KUALA LUMPUR 5 FEB : Kerajaan Negeri menghulurkan sumbangan berjumlah RM4,000 kepada pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong yang kini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Setiausaha Persatuan Lawn Bowl Selangor, Hamzah Sajadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor.

Pemberian ini atas dasar tanggungjawab sosial dan prihatin Kerajaan Negeri berkenaan masalah kesihatan yang dialami.

Yahya, 84, mengidap asma dan sakit paru-paru manakala Hamzah mengalami cedera dan koma terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 20 Januari lalu apabila kereta dipandunya dirempuh sebuah lori.

Kemalangan tersebut turut mengorbankan isteri Hamzah, Siti Hamidah Masnan, 50, dan anak perempuannya, Siti Amalina, 15, tercedera dan ditempatkan di HTAR.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri memutuskan menyalurkan bantuan itu pada Disember tahun lalu dan ia adalah satu usaha bagi membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira sama ada anak Selangor atau tidak.

“Kerajaan Selangor hari ini menyumbangkan RM2,000 untuk memastikan keperluan mereka dapat dipenuhi. Nilai duit itu bukanlah isu cuma keprihatinan itu dan secara tidak langsung kita juga berbincang jika ada keperluan lain yang boleh diberikan,” katanya selepas lawatan di HKL.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor mendoakan agar kedua-dua pesakit ini kembali sembuh dan menjalani hidup seperti sedia kala.

Sementara itu, anak kedua Hamzah, Faid, 26, berkata, dia dan ahli keluarga yang lain berasa sedih dengan kejadian menimpa keluarga mereka terutama kehilangan ibu mereka.

“Saya dan adik beradik lain sama-sama menjaga bapa dan adik kami yang kini menjalani rawatan di hospital. Saya juga berhenti kerja untuk memudahkan saya menjalankan tangungjawab ini.

“Kami bersyukur dengan bantuan diberikan Kerajaan Negeri yang prihatin dengan apa yang berlaku pada keluarga kami,” katanya. ~selangorku

Read More..