Tampilkan postingan dengan label pusat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pusat. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 08 Maret 2014

Azmin Apa dosa rakyat S’ngor Pusat sorok dana kerajaan negeri

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 5 Oktober: Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali menempelak Kerajaan Pusat kerana menyembunyikan maklumat terperinci berkenaan projek dari pengetahuan kerajaan negeri.

Ia berikutan Selangor hanya menerima RM364 juta untuk tempoh dari Januari 2012 hingga September 2012 sedangkan negeri itu merupakan penyumbang terbesar daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu sebanyak 23 peratus.

“Menteri Kewangan menyentuh isu KDNK dengan menyatakan pertumbuhan ekonomi negara berkembang dengan lebih kukuh pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus dan buat julung kalinya melepasi paras RM1 trilion, dan Selangor merupakan penyumbang terbesar iaitu sebanyak 23 peratus daripada KDNK negara tinjauan daripada amalan pentadbiran yang baik dan telus,” kata Ahli Parlimen Gombak itu dalam laporan perbahasan Bajet 2013.

“Bajet Selangor hanya berjumlah RM1.5 bilion, jika benar Kerajaan Pusat menyerahkan sejumlah RM67 bilion, di mana selebihnya wang tersebut kerana audit negara yang dijalankan ke atas bajet negeri hanya bernilai RM1.5 bilion,” soal Azmin lagi.
Timbalan Presiden KEADILAN itu turut mempersoal badan yang menjalankan audit ke atas RM67 bilion tersebut.
“Hanya Laporan Ketua Audit Negara mampu menjawab persoalan ini, malangnya, pada tahun ini sekali lagi Laporan Ketua Audit Negara disorokkan,” katanya.

Azmin berkata, jika betul jumlah yang sebegitu besar disalurkan demi kepentingan rakyat Selangor, kerajaan negeri patut dibenar menguruskan dana itu.
“Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang dipilih rakyatnya patut membuat keputusan bagaimana dana tersebut dapat dimanfaatkan,” tegas Azmin.

“Mengapa Kerajaan Pusat mengkhianati semangat federalisme dengan menyembunyikan maklumat terperinci projek-projek dari pengetahuan kerajaan negeri?
“Apa dosa kerajaan negeri dan rakyat Selangor?” soal Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

PANAS!!!… Sharifah Sakinah Dihantar Ke Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh


Beberapa blog dan laman sosial hari ini melaporkan bahawa artis yang selalu berkelakuan pelik, Sharifah Sakinah telah dihantar ke Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh.

Menurut blog berkenaan, ia bagi membolehkan Sharifah diberikan rawatan atas permasalahan jiwa dan perangai gilanya.

Tidak diketahui bila dia dihantar dan sampai bila dia akan ditahan di sana.

Semua itu dibuat berdasarkan sekeping gambar seorang wanita yang menyerupai Sharifah Sakinah dalam sebuah van yang tertulis perkataan Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh yang tersebar di Facebook sejak semalam.


Oklah… penulis sebenarnya menahan ketawa seorang diri ketika menulis entri ini.

Bukan apa… penulis agak yakin laporan blog-blog berkenaan tidak tepat dan gambar itu pun terutama bahagian tulisan Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh mungkin direka.

Penulis Google nama Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh … tak jumpa pun.
Tanya beberapa rakan pun tak pernah dengar.

Paling hampir penulis jumpa selain Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) ialah Unit Psikologi Kaunseling di Hospital Sungai Buloh.

Lagipun, rawatan kerajaan untuk bidang itu akan menggunakan istilah psikologi atau psikiatrist dan bukannya mental.

Jadi… melainkan penulis benar-benar tersilap… rasanya Sharifah Sakinah belum lagi diheret ke mana-mana pusat rawatan jiwa di negara ini.

Namun, apa yang menarik hati di sini ialah… sebenarnya seolah-olah ada sebahagian anggota masyrakat mempercayai entri blog-blog berkenaan tanpa mempersoalkan langsung kebenarannya.

Hakikat, itu bukan salah pembaca atau masyarakat…. tetapi salah Sharifah Sakinah yang sering membawa imej yang pelik-pelik melalui video klip yang ditinjauankan dengan kawan-kawannya, menyebabkan ramai yang menerima berita dia dihantar ke Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh tanpa banyak soal.

Membaca sesetengah komen, bukan sekadar ramai yang tidak terperanjat, malah semacam gembira kerana artis itu akhirnya dihantar untuk menerima rawatan.

Kalau tiba-tiba muncul cerita Siti Nurhaliza atau Yuna dihantar ke tempat itu… penulis yakin ramai sekali yang akan mempersoalkan kesahihan dan pastinya marah dengan pihak yang menyebarkan berita seperti itu.
Namun tidak pula bila ia melibatkan Sharifah Sakinah.

Jadi… dalam hal ini, Sharifah Sakinah adalah pihak yang harus melihat kepada reaksi masyarakat bila berita seumpama itu tersebar dan kemudian berfikir…“Apakah aku nak kena buat parodi baru untuk kutuk orang yang kata aku kena dapatkan rawatan mental…atau aku perlu berubah?,”.

Read More..