Tampilkan postingan dengan label pencuri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pencuri. Tampilkan semua postingan

Senin, 24 Februari 2014

Pasangan kekasih pencuri VIP

Abdul Manan (kanan) mendengar maklumat disampaikan pegawainya selepas kejayaan menemui semula sembilan kenderaan mewah yang dicuri suspek.

SEREMBAN – Tiga termasuk sepasang kekasih ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan samun kereta mewah membabitkan nilai hampir satu juta ringgit.

Ketiga-tiga suspek disyaki aktif melakukan jenayah berkenaan ditahan polis secara berasingan di sekitar Port Dickson dan Bahau pada 9 dan 12 Oktober lalu oleh pasukan khas ditubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mhd Hassan berkata, daripada penahanan ketiga-tiga suspek tersebut, polis berjaya menemui semula sembilan kenderaan mewah yang dicuri beserta aksesori yang keseluruhannya bernilai hampir satu juta ringgit dalam dua serbuan berasingan.

Menurutnya, polis menahan seorang lelaki berumur 48 tahun di Port Dickson setelah menerima laporan dibuat mangsa pada 12 September lalu, selain risikan dijalankan.

“Hasil maklumat, pasukan khas itu menahan suspek dan menemui tiga kenderaan mewah yang dicuri jenis Mercedes Benz, Toyota Estima dan BMW,” katanya.

Polis turut menahan seorang lelaki dan wanita dalam satu lagi serbuan dilakukan di Bahau pada 12 Oktober lalu.

"Hasil soal siasat diperoleh daripada pasangan kekasih berusia 32 dan 23 tahun itu, polis menjumpai semula enam kenderaan dipercayai dicuri pasangan terbabit,” katanya.       

Hasil pemeriksaan, kesemua kenderaan mewah itu dicuri di sekitar Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

“Daripada semakan rekod, empat kenderaan mewah itu dicuri di negeri ini, dua kenderaan dicuri di Kuala Lumpur, sebuah Toyota Estima dan Kia Optima masing-masing dicuri di Johor dan Selangor. Bagaimanapun, sebuah BMW yang dicuri masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media di IPK Negeri Sembilan, dekat sini, semalam.

Abdul Manan berkata, polis percaya kesemua suspek berkenaan menggunakan modus operandi sama iaitu memecah masuk rumah sebelum melarikan kereta mangsa untuk dijual kepada pembeli.

"Suspek pertama yang mempunyai satu rekod jenayah lampau, serta pasangan kekasih yang mempunyai 14 rekod," katanya .

Abdul Manan meminta orang ramai yang mengenali Chang Siok Fang, bernombor kad pengenalan 740118-01-5712 dengan beralamat terakhir No.117 Taman Tangkak Jaya, 84900, Tangkak Johor, untuk tampil bagi membantu siasatan polis.
Read More..

Minggu, 16 Februari 2014

Pencuri tersepit kepala di pintu

(Foto: Orange)
Seorang pencuri di Amerika Syarikat  gagal melancarkan aksinya. Kegagalan itu terjadi kerana dia tersepit dibawah pintu hampir selama sembilan jam lamanya.
Lelaki berusia 53 tahun itu dilaporkan tersepit dibawah pintu ketika berusaha memecah masuk sebuah kedai di Brockton, Massachusetts, AS.
“Ketika berusaha membuka pintu kedai, penyangga besi tiba-tiba saja terlepas sehingga pintu pun jatuh dengan mudah. Kepala lelaki itu pun tersepit menghadap lantai,” tulis Suratkhabar Enterprise, yang dikutip Orange, Jumaat, (30/6/2012).
Lelaki itu akhirnya terperangkap  selama sembilan jam dan tidak dapat melakukan apapun kerana pintu itu sangat berat. Pengurus kedai, John Rodriguez mengatakan, dia terkejut menemukan seorang lelaki dengan kepala tersepit pintu pada pagi hari setibanya ia di kedai.
“Saya ingin masuk ke kedai, namun tiba-tiba saja saya menemui sosok lelaki tu disana,” ujar Rodriguez .
Rodriguez menambahkan, ketika dia bertanya pada lelaki itu apa yang  sedang dilakukannya tiba-tiba saja lelaki itu mengaku ia sedang memperbaiki pintu yang rosak.
Namun, Rodriguez yang tidak percaya dengan pernyataan lelaki itu dan terus menghubungi polis untuk melaporkan kejadian tersebut. Sebelum dibawa untuk ditahan, lelaki itu sempat dihantar ke rumah sakit untuk  mendapat pemeriksaan terkait kondisi leher dan kepalanya.
* Sumber palingseru.com
Read More..