Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Maret 2014

PRU13 PAS jangka hari mengundi 27 April

Harakahdaily 

Anis Nazri, 03 Apr 2013
 

KUALA LUMPUR: PAS menjangkakan tarikh pembuangan undi pilihan raya umum ke-13 pada 27 April, manakala 13 April sebagai tarikh penamaan calon.

Justeru, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli menggesa semua jentera parti di setiap peringkat menggunakan tarikh tersebut bagi memandu gerak kerja.

Tambah beliau, biarpun PAS sudah lama bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum, dengan tarikh jangkaan ini diharapkan jentera parti akan lebih giat dlakukan.

"Tarikh-tarikh ini boleh jadi mungkin akan berubah.  Tetapi, sehingga kini, saya seru semua jentera agar bergerak berpandukan tarikh ini," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Hatta berkata PAS akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada PRU13 ini sebelum tarikh penamaan calon yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau percaya, akan ada pengumuman awal bagi calon-calon yang diputuskan, yang dilihat boleh membawa impak positif kepada kempen Pakatan Rakyat.

PAS Perlis merupakan negeri pertama yang mengumumkan bakal calon yang akan bertanding di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Pengumuman itu dibuat kira-kira 15 minit sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen, pada 11.35 pagi tadi.
Read More..

Selasa, 25 Februari 2014

20 belia Pulau Gaya sertai PAS

Harakahdaily 

Mohd Firdaus, 13 Jan 2013

KOTA KINABALU: Seramai 20 belia di Pulau Gaya dekat sini menyerahkan borang untuk menyertai PAS dalam satu majlis anjuran PAS Kawasan Putatan, petang tadi.
Borang-borang itu diserahkan kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu yang turut hadir dalam majlis itu.

Lahirul dalam ucapannya menyentuh berkenaan permasalahan utama yang membelenggu kehidupan rakyat serta beberapa isu berkaitan kebangkitan rakyat yang semakin ketara akibat kezaliman dan penindasan yang dilakukan pemerintah Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, rakyat tidak perlu takut untuk bersama parti pembangkang kerana parti itu telah membuktikan keupayaan mengurus beberapa buah negeri sejak 2008 termasuk Perak yang dirampas oleh Barisan Nasional.

“Kita sudah menjadi kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor juga di Perak sebelum dirampas semula oleh Barisan Nasional.

“Pencapaian di negeri ini cukup membanggakan apatah lagi dengan laporan audit yang memperlihatkan keupayaan dinegeri yang ditadbir Pakatan Rakyat berjaya mengtinjauankan pendapatan negeri yang tertinggi,” kata Lahirul.

Beliau menambah, rakyat perlu membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang bagi memastikan kestabilan dan hak rakyat terjamin bersama Pakatan Rakyat.
Read More..

Selasa, 04 Februari 2014

Umno Terbuka Bermuzakarah Dengan Pas


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno bersifat terbuka berhubung kesediaan PAS untuk bermuzakarah dengan parti itu mengenai hal ehwal pentadbiran Islam di negara ini.

“Kita terbuka tetapi kita nak tengok apa skopnya dan kita nak minta penjelasan lanjut daripada pihak PAS,” kata Perdana Menteri yang juga Presiden Umno kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada 29 anggota Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang melahirkan kesediaan bermuzakarah dengan Umno dalam usaha untuk melaksana pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini.

Sementara itu, Najib berkata ia adalah keputusan kerajaan negeri apabila Johor memutuskan cuti hujung minggu di negeri itu akan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Jan depan.

“Ia adalah keputusan kerajaan negeri. Jadi mengikut Perlembagaan, kita perlu hormati apabila kerajaan negeri telah membuat keputusan,” katanya.

Najib berkata sektor swasta tidak akan terjejas kerana ia hanya melibatkan perkhidmatan kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan mewujudkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang menempatkan jabatan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di Johor Baharu.

“UTC akan dibuka tujuh hari seminggu dan orang ramai boleh memanfaatkannya,” katanya.

Sabtu lepas, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan cuti hujung minggu di negeri itu ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuat kuasa 1 Jan.

Baginda bertitah hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.- BERNAMA
Read More..