Tampilkan postingan dengan label guna. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label guna. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 Maret 2014

Kes tembak Suspek guna IC palsu

Jariah Mohd Said

TANAH MERAH - Nombor kad pengenalan pengawal keselamatan yang kini diburu selepas menembak mati seorang pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Rabu lalu, disahkan tidak wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said berkata, perkara itu disahkan selepas pihaknya membuat semakan apabila siasatan polis mendapati suspek dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.

“Kita (JPN) sudah semak dari segi rekod, nombor kad pengenalan itu tidak wujud dalam sistem JPN. Kes ini dalam siasatan polis, jadi kita tunggu tinjauan siasatan,” katanya pada sidang media selepas Perjumpaan Khas dan Dialog Bersama Ketua Pengarah JPN Mengenai Pengenalan Diri sempena Program Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Tanah Merah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.18 petang, Rabu lalu, pegawai operasi bank terbabit, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak penjenayah kejam itu sejurus membuka sebuah peti besi berisi wang dan suspek melarikan wang berjumlah RM450,000.

Siasatan polis mendapati, suspek dipercayai warga asing itu menggunakan kad pengenalan palsu bagi membolehkannya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan bertugas di beberapa bank sekitar Lembah Klang.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua pengawal keselamatan dan isteri suspek, kesemuanya warga Indonesia yang dipercayai bersubahat dengan penjenayah terbabit.

Bagaimanapun, identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza dan mengikut kad pengenalan itu berasal dari Tawau, Sabah masih belum diketahui.

Jariah berkata, majikan boleh membuat semakan dengan JPN jika ingin mengesahkan pekerja diambil adalah warga negara Malaysia berdasarkan maklumat kad pengenalan.

Katanya, selain untuk tinggal di negara ini secara haram, kebanyakan warga asing menggunakan kad pengenalan palsu untuk mendapatkan pekerjaan dan melakukan jenayah.
Read More..

Kamis, 13 Februari 2014

Cicak Diselamatkan Guna Topeng Oksigen Manusia


Sepasukan anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan yang ada dalam usaha untuk menyelamatkan seekor cicak gergasi spesis Cicak Naga Berjanggut daripada sangkarnya yang terbakar.

Cicak itu yang diberi nama Thorn diselamatkan dengan menggunakan topeng oksigen yang direka khas untuk manusia tetapi terpaksa digunakan untuk menyelamatkan nyawa Thorn.

Thorn diselamatkan dalam satu kebarakan melibatkan rumahnya di sebuah ruang bawah tanah di Pedmore Road, West Midlands.

Lima anggota bomba terpaksa bergegas ke tempat menyimpan Thorn apabila mentol yang memberi haba kepada cicak itu dalam kurungan jenis Vivariumnya meletup akibat terlalu panas.

Letupan itu kemudiannya merebak menjadi kebakaran di seluruh kawasan kurungannya. Thorn sudah menduduki kurungan itu sejak dua tahun lalu.

Seorang anggota baomba Lucy Evans berkata Thorn ketika itu kelihatan sesak nafas dan kelihatan seperti dia sudah mati.

“Rakan sepasukan, Adrian menyentuh ekornya dan ia melompat, kemudian kami terus memberikannya oksigen menggunakan topeng oksigen manusia dan Thorn kembali pulih,” katanya.

Kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan pemilik Thorn juga terselamat.
Read More..