sumber
Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Minggu, 06 April 2014
Pakaian Dalam Anti Pemerkosaan Ini Bisa Nyetrum

Melihat angka pemerkosaan yang semakin tinggi, mahasiswa teknik di India mengubah idenya menjadi sebuah pakaian dalam untuk wanita yang dapat mengeluarkan setruman listrik sebanyak 82 kali. Pakaian dalam ini diharapkan dapat meningkatkan rasa aman wanita atas ancaman pemerkosaan yang sedang marak di negaranya.
Selain itu, pakaian dalam ini, seperti dilansir oleh Merdeka.com, juga secara otomatis akan menghubungi polisi saat si pemilik terancam.
Dilengkapi dengan Global Positioning System dan alat sensor, Manisha Mohan menciptakan pakaian dalam tersebut bersama dua rekannya, Niladri Basu Bal dan Rimpi Tripathi.
"Ada alat penentu posisi Global Positioning System dan alat sensor yang bisa mengeluarkan setruman listrik sebesar 3.800 kilovolt dan otomatis menghubungi orang tua serta polisi," imbuh Mohan yang tengah menyelesaikan pendidikan akhir di Universitas SRM, Chennai, Negara Bagian Tamil Nadu.
Sirkuit listrik diletakkan di dekat payudara, dilengkapi dengan GPS dan kartu perdana telepon seluler. Setrum listrik diletakkan di area payudara karena pada umumnya, para pemerkosa akan menyerang daerah tersebut terlebih dahulu.
"Mereka yang mencoba menganiaya seorang perempuan akan terkena setrum dan sensor di alat itu akan aktif secara otomatis menghubungi nomor telepon darurat serta orang tua korban," kata Mohan.
Diharapkan adanya usaha-usaha seperti ini dapat membantu wanita mendapatkan kembali kenyamanan saat harus bepergian dan beraktivitas di luar. Tak hanya membantu mencegah, alat ini juga diharapkan dapat menangkap pelaku percobaan pemerkosaan agar dapat diberi hukuman yang setimpal.
source
Rabu, 12 Maret 2014
Tiga Jemaah Haji Baru Tiba Di Tanah Air Maut Dalam Kemalangan Ngeri

KUANTAN – Tiga jemaah haji maut manakala tiga parah termasuk pemandu, selepas van yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Km210.2 Lebuh raya Pantai Timur menghala ke Kuantan dekat sini, awal pagi tadi.
Mangsa yang terbunuh ialah penumpang hadapan, Kamarudin Ab Rahman, 43, dari Permatang Badak dan dua penumpang belakang, Zainab Awang Hassan, 59, dari Kampung Seri Teruntum dan Fatimah Said, 63, dari Kampung Rozali dekat Jalan Gambang di sini.
Pemangku Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata dua lagi penumpang dan pemandu van itu mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.
“Nahas jam 3.40 itu berlaku semasa van yang membawa lima jemaah haji terbabit dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menuju ke Kuantan.
“Dipercayai di tempat kejadian, van itu telah merempuh bahagian belakang lori muatan bijih besi terbabit yang berada di lorong kiri jalan.
“Ekoran itu, ketiga-tiga mangsa mati di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan,” kata Zainalabidin kepada pemberita.
Beliau berkata mangsa yang terbunuh dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat dan keluarga semua mangsa kemalangan telah dimaklumkan. – BERNAMA
Selasa, 18 Februari 2014
Kebas RM200 Ribu Dalam 5 Minit
Kebas RM200 Ribu Dalam 5 Minit - PETALING JAYA : Lima penjenayah bersenjatakan pistol hanya mengambil masa selama lima minit untuk melarikan wang RM200,000 dari sebuah bank di Jalan Tanjung SD 13/1, Bandar Sri Damansara di sini semalam.
Kejadian pukul 2.40 petang itu turut menyaksikan seorang pensyarah perakaunan sebuah kolej swasta melalui detik cemas apabila dijadikan tebusan oleh perompak yang memakai topi terbabit.
Rompakan berlaku apabila tiga daripada empat penjenayah tersebut masuk melalui pintu depan sebelum ‘menawan’ dua pengawal keselamatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suspek masuk selepas menyamar sebagai pelanggan.
Katanya, dua suspek kemudian mencekik dan menghentak kepala pengawal keselamatan yang berada di pintu masuk sebelum melepaskan tiga das tembakan ke arah kaunter untuk menakutkan 10 pelanggan dan 15 pekerja.
“Pada masa sama, seorang lagi suspek meluru ke bahagian belakang lalu melepaskan dua das tembakan amaran untuk menghalang pengawal keselamatan mengambil senjatanya sebelum mengheret mangsa ke tempat simpanan peti besi. – Kosmo
Selasa, 11 Februari 2014
Kanak Kanak Terpaksa Hidup Dalam Kegelapan

London – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun telah dikesan menghidap photosensitivity, iaitu sejenis penyakit yang akan bertindak balas jika terdedah kepada lampu dan cahaya matahari.
Leighton Brownrigg yang berasal dari Worcestershire itu tidak boleh keluar dari rumah dan badannya perlu sentiasa ditutup dengan kain.
Dia juga perlu memakai krim pelindung cahaya matahari ketika berada di dalam rumah.
Menurut pakar, keadaan itu disebabkan Brownrigg mengalami penyakit Juvenile Myelomonocytic Leukaemia (JMML), yang hanya berlaku kepada seorang dalam sejuta kanak-kanak di dunia ini.
Doktor percaya .keadaan Brownrigg itu berlaku selepas dia menjalani pemindahan sum sum hingga menyebabkan kanak-kanak itu kehilangan sistem immune dalam badan.
Ibunya, Zoe, 22, berkata, anaknya itu tidak dibenarkan langsung bermain di luar rumah dan hanya boleh keluar pada awal pagi atau malam sahaja.
“Saya juga perlu memastikan langsir di rumah ditutup bagi mengelakkan anak saya mengalami keadaan panas. Dia terpaksa hidup dalam kegelapan,’’ katanya yang terpaksa menyapu anaknya itu dengan krim pelindung matahari sebanyak enam kali sehari.
Zoe memberitahu, adalah sesuatu yang menyedihkan apabila anaknya itu sering memandang ke luar tingkat dan melihat rakan-rakannya bemain.
“Bagaimana saya hendak menjelaskan kepada budak berusia dua tahun bahawa dia tidak boleh keluar rumah,’’ katanya.
Brownrigg kini menjalani ujian harian di Hospital Kanak-kanak Birmingham iaitu hospital di mana dia menjalani rawatan untuk leukaemia.
Dia juga perlu ke Hospital Besar Rotherham setiap dua minggu untuk rawatan khas menggunakan lampu ultraviolet yang dikenali sebagai Extracorporeal Photopheresis (ECP).
Minggu, 09 Februari 2014
Lelaki gila seks dalam bas

SETIAP hari di Jakarta terdapat lebih kurang empat juta orang yang menggunakan khidmat pengangkutan awam untuk menjalankan aktiviti mereka termasuk berulang-alik ke tempat kerja dan ke sekolah.
Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam begitu besar terjadi kerana majoriti pekerja di Jakarta memperoleh gaji yang rendah sehingga tidak memungkinkan mereka memiliki kenderaan sendiri.
Namun sejak kebelakangan ini, isu pelecehan seksual ke atas penumpang wanita semakin menjadi-jadi. Mereka yang menjadi mangsa bukan sahaja gadis tetapi ada juga pelajar sekolah dan wanita yang agak berumur.
Dalam pengakuan mereka kepada penulis, beberapa penumpang wanita mengaku bahawa mereka kini agak bimbang untuk menaiki kenderaan awam kerana sering mengalami peristiwa pelecehan seksual yang kadangkala sudah dianggap melampau.
Menurut mereka, orang yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut bukan sahaja penumpang lelaki tetapi juga konduktor bas yang kadangkala begitu bijak mencari laluan untuk menyentuh bahagian tertentu pada tubuh penumpang wanita.
Menurut kepada apa yang diceritakan terdapat penumpang-penumpang wanita yang mengalami pengalaman pelecehan seksual yang dianggap cukup ganas.
Salah seorang yang mengalami pengalaman tersebut ialah Indriani yang bertugas sebagai kerani bank. Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku beberapa bulan lalu.
Ketika itu saya menaiki bas awam yang sesak dengan penumpang tetapi saya mendapat tempat duduk, di samping saya berdiri seorang lelaki separuh usia.

Namun Indriani terkejut besar apabila lelaki berkenaan mengeluarkan kemaluannya dan melakukan onani sehingga menyebabkan bahu kiri Indriani terkena air suci lelaki tersebut.

Saya bingung dan merasa amat malu tetapi saya hanya mampu menangis, katanya yang memberitahu penulis bahawa dia tidak akan melupakan detik hitam tersebut.
Seorang mahasiswa Universiti Indonesia (UI), Dara, 20, pula berkata, baru-baru ini ketika menaiki sebuah bas, beliau mengalami pelecehan seksual yang dilakukan oleh empat lelaki yang mengeluarkan kata-kata lucah kepadanya.
Saya khuatir untuk bertindak balas, walaupun tidak tahan dengan kata-kata mereka. Apatah lagi mereka melihat saya dengan penuh nafsu, katanya.
Pelecehan seksual bukan sahaja dilakukan oleh penumpang, malah sesetengah konduktor bas yang sepatutnya bertindak sopan kepada pelanggan juga mempunyai nafsu buas.
Konduktor bas ini kebiasaannya menjadikan pelajar wanita sebagai sasaran mereka. Ia dilakukan ketika pelajar berkenaan mahu turun atau naik.
Pada saat itu, kernet (konduktor) akan menyentuh tubuh kami dengan sengaja terutama di bahagian dada dan punggung, kata Wani seorang pelajar Sekolah Menengah Atas di Tebet, Jakarta Selatan.

Lelaki-lelaki berkenaan biasanya memulainya dengan berusaha berada berdekatan dengan mangsa bagi membolehkan dia menggunakan siku untuk menyentuh bahagian dada si pelajar atau wanita.
Jika seseorang wanita itu duduk, lelaki yang bernafsu liar itu akan memanfaatkan kesempatan tersebut untuk mengintip bahagian tertentu wanita berkenaan.
Bagaimanapun tidak semua kejadian pelecehan seksual ini terjadi ketika bas sesak.
Nur, seorang gadis yang bekerja di sebuah perusahaan membuat roti di Bekasi memberitahu penulis beliau pernah mengalami kejadian tersebut ketika bas sedang kosong.
Lelaki yang duduk di samping saya memegang lutut saya, saya fikir tidak sengaja, tetapi kemudian dia menggerakkan tangannya hingga ke paha saya sehingga memaksa saya berpindah tempat duduk, katanya.

Malah kalau mereka cuba membantah perbuatan tersebut, mereka akan menerima nasihat yang cukup memedihkan telinga iaitu jangan naik bas kalau tidak mahu disentuh.
Lagi pula mas, hanya ini sahaja kenderaan utama kami untuk berulang-alik ke tempat kerja, kalau hendak beli mobil (kereta) kami tidak mampu, gaji kami kecil, kata Indriani.
Sememangnya kita bersimpati dengan insan-insan seperti Indriani yang terdedah kepada pelecehan seksual walaupun pada hakikatnya mereka melangkah setiap hari untuk mencari rezeki secara halal.
Jika mereka yang menjadi mangsa perbuatan gila tersebut menderita, bagaimana pula dengan orang yang melakukan sikap biadab itu.
Penulis berjaya menemu ramah dua lelaki yang mengaku pernah melakukan perbuatan pelecehan seksual tersebut. Pada mulanya mereka segan untuk mengaku perbuatan mereka, tetapi selepas dihulur wang Rupiah 20,000 (RM10) seorang, maka masing-masing pun menceritakan pengalaman menarik mereka.
Komariyadi, 30, mengaku sering terdorong melakukan pelecehan seksual apabila melihat wanita-wanita yang berpakaian seksi.
Terus terang saya sering terfikir perkara yang bukan-bukan jika melihat mereka yang mengenakan skirt pendek dan baju T ketat. Tetapi semua itu tidak wujud kalau saya melihat wanita cantik berpakaian sopan, paling tinggipun saya mengagumi kecantikannya, katanya ketika ditemui di sebuah tempat hentian bas di Jalan Jeneral Sudirman.
Dino, 22, mahasiswa sebuah universiti di Jakarta mengaku pernah melakukan perbuatan tersebut akibat tergoda dengan seorang wanita.

Seorang lelaki yang enggan memberikan namanya berkata, dia sering melakukan perbuatan itu dengan berpura-pura mencari sesuatu di dalam poket seluarnya.
Ketika itu saya mesti berdiri dan wanita tersebut duduk, waktu itulah tangan di dalam poket saya akan menyentuh bahagian dada wanita berkenaan, katanya.

Apa yang dipaparkan di sini bukan sahaja berlaku di Indonesia, mungkin juga di Malaysia seperti di Kuala Lumpur.
Untuk menyalahkan sesuatu kelompok sama ada lelaki atau wanita sahaja tidak memadai. Ini kerana si lelaki mungkin akan mengatakan wanita yang bersalah kerana memakai pakaian seksi, manakala wanita pula akan menuduh lelaki mengambil kesempatan.
Kesudahannya polemik mengenai pelecehan seksual dari segi siapa yang bersalah akan berterusan. Semua ini hanya boleh dielakkan jika kedua-dua golongan berkenaan mempunyai keteguhan iman.
Si wanita tidak boleh mengharapkan semua lelaki akan bertindak sopan kepada mereka, begitu juga lelaki, mereka tidak boleh berpendapat bahawa si wanita yang memakai pakaian seksi semata-mata untuk menarik perhatian mereka.
Justeru itu apa yang penting ialah sikap hormat-menghormati dan mengetahui norma-norma kehidupan yang berlandaskan keagamaan.
Sebenarnya, kalau wanita itu bertudung dan menutup seluruh tubuhnya sekalipun belum tentu dia selamat kerana di Indonesia atau Malaysia masih terdapat banyak lelaki yang bak kata orang kalau terlihat betis wanitapun sudah cukup untuk menaikkan nafsunya.
Tetapi ini tidak bermakna semua kesalahan harus diletakkan kepada kaum lelaki sahaja kerana kaum wanita kalau sudah mengetahui adanya lelaki yang bernafsu buas seperti itu mereka harus berwaspada dan berusaha mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa.
Ini kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud; wanita adalah alat perangkap syaitan.
Selasa, 04 Februari 2014
6 Bintang Sepak Bola yang Pernah Menjadi Model Pakaian Dalam
Wajah mereka dinilai tampan serta tubuhnya dianggap seksi. Para bintang sepak bola ini pun dikontrak untuk berpose hanya dengan menggunakan pakaian dalam di depan kamera. Siapa saja yang pernah?
1. Fabio Cannavaro
Fabio Cannavaro bersama beberapa pemain timnas Italia pernah berpose seksi untuk Dolce and Gabanna.
Fabio Cannavaro menjadi kapten Italia saat Gli Azzuri menjadi juara Piala Dunia 2006.
2. Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo dan kekasihnya, Irina Shayk. CR7 yang punya badan bagus adalah model pakaian dalam Armani.
3. David Beckham
David Beckham sudah beberapa kali muncul sebagai model pakaian dalam, salah satunya untuk Armani.
4. Freddie Ljungberg
Freddie Ljungberg sempat berpose seksi untuk Calvin Klein.
Ljungberg adalah mantan pemain sayap timnas Swedia dan Arsenal.
5. Thierry Henry
Thierry Henry sempat menjadi model pakaian dalam merek Tommy Hilfiger.
6. Hidetoshi Nakata
Hidetoshi Nakata pernah menjadi model pakaian dalam untuk Calvin Klein.
Nakata adalah mantan gelandang timnas Jepang, AS Roma dan AC Parma.
sumber
Minggu, 02 Februari 2014
Pelik Lintah Hidup Dalam Kerongkong
Pelik Lintah Hidup Dalam Kerongkong
Dulu kes sudu dalam kerongkong, ini pula kes lintah hidup dalam kerongkong. Pelik! Kami difahamkan lelaki ini, dia sendiri pun tidak menyangka bagaimana seekor lintah itu boleh berada dalam kerongkongnya. Adakah mungkin dia pernahmandi di tempat-tempat yang adanya lintah. Serius di antara kita yang suatu yang amat menggelikan, apatah lagi mahu menyentuh lintah. Inikan pula dalam kerongkong. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Seorang budak lelaki berusia 17 tahun dari bandar Yibin di barat daya China, telah mengalami saat paling menakutkan apabila seekor lintah sawah sepanjang 10cm telah menghisap darah dan hidup di dalam kerongkongnya tahun lalu.
Pengalaman pahit Tao itu bermula apabila beliau mula berasa sakit dan suaranya menjadi serak. Keadaan semakin serius apabila dia mula mengalami kesukaran untuk bernafas dan keluarganya mula membawanya ke hospital.
Melalui imej yang dirakam menggunakan kamera mikroskop, doktor telah menemui seekor lintah yang sedang kekenyangan menghisap darah.
Setelah menjalani pembedahan selama 3 jam, lintah sepanjang 10cm telah berjaya di keluarkan dalam keadaan masih hidup walaupun telah di rendam dengan larutan Anestetik.
Senin, 23 Desember 2013
Jom Mengintip Isi di Dalam Piramid
posted by indah.com on 4 Jun 2012
sumber
menujuhijau
Langganan:
Postingan (Atom)