Rabu, 19 Februari 2014
Lari bogel elak dicekup Imigresen
Salam semua,
KUALA LUMPUR – Sebuah penempatan haram yang menjadi tempat tinggal pendatang tanpa izin di Hutan Simpan Bukit Kiara, di sini, terbongkar selepas diserbu anggota Jabatan Imigresen, awal pagi semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, penguat kuasa perlu meredah denai di dalam hutan itu selama 30 minit sebelum menemui penempatan haram di lereng bukit itu pada jam 5 pagi.
"Ketika serbuan, kebanyakan warga asing terbabit tidur nyenyak sebelum dikejutkan penguat kuasa. "Setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa, ada di antara mereka yang melarikan diri dalam keadaan bogel selepas kain sarung yang dipakai terlucut, ada pula yang bersembunyi di belakang pintu untuk mengelak daripada dicekup penguat kuasa," katanya.
Menurutnya, dalam serbuan itu seramai 17 warga Indonesia ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
“Menurut risikan, penempatan haram yang wujud sejak lebih tiga tahun lalu itu turut dijadikan transit oleh ejen atau syarikat perumahan yang menggunakan khidmat pekerja warga asing sebelum dibawa ke tempat lain,” katanya.
Operasi dua jam yang berakhir 7 pagi itu turut mendapat kerjasama daripada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Mereka yang ditahan dalam operasi itu berusia 19 hingga 52 tahun dibawa ke Pusat Tahanan Imigresen Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.(Sinar Harian)

Sabtu, 01 Februari 2014
Enggan Ditangkap Wanita Ini Bogel di Airport
Foto: Orange
Wanita yang bermaksud untuk kembali ke rumahnya, diketahui menghina staf di meja imigresen. ketika dibawa untuk dimintai pertanyaan, tiba-tiba saja perempuan itu bertindak histeria.
Petugas keselamatan tidak boleh berbuat lebih saat wanita itu mulai berteriak histeris dan menanggalkan seluruh pakaiannya. Petugas keselamatan perempuan pun langsung menutupi perempuan itu dengan kain.
Seperti dilansir Emirates 247, (6/8/2012), Beberapa saat kemudian, petugas airport bertinjauan membawanya ke dalam pejabat keselamatan dan menenangkannya.
Hingga saat ini belum diketahui alasan mengpawanita itu boleh "meledak" di tengah pemeriksaan. Sementara identiti dari perempuan itu pun tidak diketahui dengan jelas.(faj)