Tampilkan postingan dengan label 2020. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 2020. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 08 Februari 2014

Tokyo Dipilih Tuan Rumah Sukan Olimpik 2020


BUENOS AIRES – Jawantakuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) memilih Tokyo sebagai tuan rumah penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas 2020 dan memberi isyarat bahawa pemilihan itu adalah lebih baik berbanding bandar raya lebih berisiko seperti Sochi dan Rio.

Ketika Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memberi jaminan kepada ahli OIC mengenai keselamatan krisis nuklear Fukushima, Tokyo berjaya menewaskan Istanbul dengan undi 60-36 pada pusingan akhir pengundian yang diadakan secara rahsia.

Madrid disingkirkan pada peringkat awal selepas terikat jumlah undi dengan Istanbul.

Tokyo pernah menganjurkan Sukan Olimpik 1964 memperlihatkan diri mereka sebagai “sepasang tangan yang selamat” pada ketika kemelut politik dan ekonomi peringkat global dan ternyata isyarat itu jelas seiringan dengan kehendak IOC. – AP
Read More..